Thursday, September 24, 2009

raya ke?

hari ini dah raya ke 5. maksudnya tinggal kurang lebih 2 hari lagi untuk saya kembali ke alam persekolahan (alam yang amat tidak disukai oleh saya). hari raya tahun ini amatlah tidak best. sebenarnya best cuma tahun per tahun suasana hari raya semakin sunyi dan suram. cet! tahun ini juga buat pertama kalinya saya dan adik2 yang lain mendapat sijil simpanan premium sebagai duit raya. alhamdulillah di situ (maksudnya duit raya kami tidak di bazirkan merata-rata sebaliknya dapat dibuat pelaburan manalah tahu saya bertuah). haha. *ayat BM saya skema sila beredar kalau tidak tahan* haha. hari raya tahun ini juga banyak kemalangan berlaku di kampung saya. kereta membanjiri kampung dengan meriahnya. malangnya, malang tidak berbau. ini termasuklah sepupu-sepapat saya. 2 dari mereka turut mengalami kemalangan di mana kedua-dua mereka selamat. cuma keadaan kereta yang kurang memuaskan hati. pasti ribuan ringgit melayang di situ. takziah di ucapkan. saya rasa cukuplah sampai di sini dahulu. oh ya, nanti pulang ke indon saya sudah tidak lagi menjadi pengguna internet yang setia. jadi tidak akan ter updatelah mana2 blog atau 'social networking' saya. saya pasti akan merindui twitter. memandangkan saya bukan pengguna BB, jadi agak susahlah saya mahu meng-update status di situ. termasuklah juga facebook (saya masih mempertimbangkan mahu menutup akaun saya disini kerana ianya semakin hari semakin padat dan amatlah tidak sesuai dengan jiwa saya). sekian.

gambar hari raya. sedikit sebanyak.

4 Comments:

muiz said...

dapat sijil premium!!!
best!!
nice n cool picture sis

MIZZIDIEY said...

thx. gambar candid tu :)

the kecik said...

wah.. bagus2. sesape dtg, kasi sijil premium je la. kasi duit kang korang buat beli kasut = p

MIZZIDIEY said...

hahaha. cet! hehe. anak branak bleh la. smua nak bg sijil tu botak bapak aku. huhu~ btw slamat hr raya mommy. lame giler x dgr crite. kalo balik umah bgtau boleh la saye meronggeng brsame hot mamma plak. hehe ;)

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir